Carian
Google Akan Mula Padam Akaun Yang Tidak Diakses Selama 2 Tahun
May 17, 2023 Aman

Google hari ini memaklumkan berkenaan pelaksanaan polisi baharu untuk akaun Google. Menurut Google, dalam usaha menambah baik sekuriti dan mengelak akaun tidak digunakan menjadi mangsa, kini Google mengemaskini polisi melibatkan akaun yang tidak aktif.

Google Search

Bermula Disember 2023 ini, Google akan mula padam akaun-akaun Google yang tidak aktif selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Akaun yang tidak aktif ini dilabelkan sebagai akaun yang tidak digunakan atau tidak didaftar masuk untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.

Google akan memadam bukan sahaja akaun, tetapi juga kandungan – termasuk GMail, Google Docs, Google Drive, Youtube dan juga Google Photos. Google menyatakan akan memaklumkan serta menghantar notifikasi berkali-kali sebelum memadam sesuatu akaun.

Bagi anda yang menggunakan akaun Google, jangan lupa log masuk sekurang-kurangnya dua tahun sekali bagi mengelak akaun anda hilang begitu sahaja bersama-sama pelbagai kandungan pada akaun Google anda.

Komen