Carian
Cip MediaTek Dilaporkan Akan Menggunakan GPU NVIDIA Tahun Depan
May 17, 2023 Effi Saharudin

Imej MediaTek sebagai pengeluar cip yang murah tetapi bermasalah pupus selepas siri cip Dimensity mereka mula ditawarkan untuk telefon mudah alih. Jika ada satu kekurangan cip MediaTek pada waktu ini ialah prestasi grafik masih belum setanding cip Snapdragon. Menurut laporan DigiTimes Asia, kelak prestasi cip mereka baka meningkat kerana menggunakan GPU keluaran NVIDIA.

Memetik sumber dalaman, cip MediaTek dengan GPU NVIDIA bakal hadir seawal 2024. Pada peringkat permulaan ia akan digunakan pada cip untuk telefon pintar serta tablet kelas mercu dan juga untuk kegunaan pada komputer Chromebook. Maklumat terperinci mengenai GPU dari siri mana akan digunakan belum lagi diketahui.

Samsung misalnya baru sahaja meneruskan kerjasama dengan AMD untuk menggunakan GPU RDNA 3 pada cip Exynos yang lebih berkuasa. Kerjasama pertama Samsung dan AMD kurang berjaya tetapi cip Eyxnos khusus untuk Galaxy sedang gigih dibangunkan pada waktu ini.

Komen