Cari @ Amanz

Touch n Go hari ini memaklumkan kepada para pengguna, yang mana laluan RFID tidak boleh digunakan buat sementara waktu di Lebuhraya SPRINT. Hal ini adalah kerana gangguan teknikal di Plaza Tol Pantai dan juga Plaza Tol Bukit Kiara.

Pihak TNG menyarankan pengguna untuk menggunakan kad fizikal Touch n Go untuk pembayaran tol di lebuhraya SPRINT buat sementara waktu. Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan baki mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan melalui lebuhraya berkenaan.

Disamping gangguan di lebuhraya berkenaan, pengguna Touch n Go eWallet juga menyatakan masalah mengakses dompet digital berkenaan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd