Carian
Ninja Mart Ialah Platform Logistik Untuk Peruncit Luar Bandar
May 17, 2023 Amy Maizuraa

Kita mungkin biasa mendengar mengenai perkhidmatan GrabMart dan Pandamart yang menyediakan kemudahan secara atas talian untuk membeli barangan runcit. Tetapi bagaimana dengan NinjaMart dan apa pula perkhidmatan yang ditawarkan?

Ninja Mart merupakan platform logistik yang membantu jenama FMCG mengembangkan lagi produk bagi menembusi pasaran lebih luas menerusi rangkaian peruncit bebas. Ini bermakna NinjaMart memainkan peranan penting menjadi platform sehenti yang membolehkan jenama berkaitan menyalurkan produk ke pengguna di pasaran yang belum diterokai, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Platform ini boleh digunakan bagi tujuan pemasaran pelbagai kategori termasuk barangan kesihatan, dapur dan makanan, rumah dan kediaman, fesyen dan kecantikan serta elektronik. Bagi menjayakannya, penyelesaian logistik NinjaVan Malaysia telah dimanfaatkan sepenuhnya yang menyediakan liputan menyeluruh dengan lebih 95% perjanjian tahap perkhidmatan bagi tempoh penghantaran 48 jam.

Ninja Mart juga memainkan peranan dalam menawarkan penyelesaian ideal terhadap peluang meluaskan pasaran produk ke kawasan luar bandar. Ini termasuklah berkongsi kepakaran dan pengetahuan bagi membantu pengusaha memastikan perniagaan kekal berdaya saing. Selain turut menyediakan laporan prestasi jualan terperinci, ramalan inventori bulanan, audit kedai serta maklumat-maklumat banci terkini.

Komen