Cari @ Amanz

Instagram hari ini secara rasminya berkongsi menyatakan mereka telah mula memperkenalkan ciri meninggalkan komen dalam bentuk GIF pada aplikasi sosial tersebut. Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan carian GIF dari GIPHY, dan menerbitkan ia sebagai komen di Instagram.

Untuk makluman, Meta sedia mengintegrasikan ciri sama di Facebook untuk sekian lama, dan kini ia turut diperluaskan ke Instagram. Dengan pengenalan ciri baharu ini, kita mungkin akan melihat ruangan komen di Instagram lebih meriah dengan GIF-GIF pada bahagian komen.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram seluruh dunia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd