Carian
Valve Menjadi Mangsa Terbaru Immersion Kerana Melanggar Paten Teknologi Getaran
May 17, 2023 Nazrin

Immersion ialah sebuah syarikat teknologi yang cukup terkenal untuk memiliki paten teknologi getaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat teknologi lain seperti Google, Motorola dan Fitibit yang samada telah disaman, ataupun membayar untuk menggunakan paten-paten tersebut didalam peranti dan aksesori mereka.

Nampaknya Valve telah menjadi mangsa terkini Immersion, dimana ia telah dilaporkan bahawa Immersion telah menyaman Valve untuk penggunaan paten teknologi getaran mereka pada peranti Steam Deck, Valve Index dan perisian SteamVR tanpa bayaran pampasan.

Valve bukanlah syarikat pertama yang terpaksa berhadapan dengan gertakan Immersion ini. Malah, Google, Motorola, Fitbit, malah Nintendo juga dilihat membayar pampasan keatas paten teknologi getaran dan alat kawalan untuk kebenaran menggunakannya. Sony juga dilihat membayar untuk menggunakan paten Immersion didalam pengawal DualSense mereka.

Malah, Steam Deck dan Nintendo Switch yang menggunakan teknologi Linear Resonant Actuator (LRA), dan Valve dijangka akan membayar pampasan yang diminta, dan akan membayar untuk menggunakann paten-paten syarikat Immersion.

Komen