Carian
Luno Menambah Sokongan Untuk Menjual, Membeli Dan Menyimpan Kriptowang AVAX
May 17, 2023 Aman

Luno hari ini mengumumkan penambahan kriptowang baharu ke platform mereka, iaitu Avalanche, atau turut dikenali dengan singkatan AVAX. Bermula 5 petang, 17 Mei, para pengguna tempatan boleh membeli, menjual dan menyimpan kriptowang AVAX melalui aplikasi Luno.

Avalancehe turut hadir dengan sokongan rantaian-blok terpencar, dan menggunakan mekanisme “proof-of-stake”, dan dikatakan menggunakan rekaan kontrak pintar yang lebih laju dan murah berbanding Ethereum.

Dengan penambahan AVAX ini, kini Luno menawarkan sebanyak 10 kriptowang di Malaysia.

Komen