Carian
Infinix Note 30 Pro Dan Note 30 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Mei
May 17, 2023 Amy Maizuraa

Infinix akhirnya berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk peranti baharu di bawah siri Note mereka. Ia dijadualkan berlangsung pada 24 Mei akan datang dengan dua buah model yang akan diumumkan iaitu Infinix Note 30 dan Infinix Note 30 Pro.

Maklumat mengenainya juga masih terhad memandangkan kedua-dua peranti ini masih belum dirasmikan di mana-mana pasaran buat masa ini. Bagaimanapun, peranti telah disahkan hadir dengan teknologi All-Round FastCharge yang menyokong sistem pengecasan berwayar 68W dan nirwayar 50W.

Ini juga peningkatan berbanding peranti Note 12 2023 terdahulu yang menyokong pengecasan berwayar 33W tanpa kebolehan mengecas secara nirwayar. Selain daripada itu, Infinix juga bekerjasama dengan JBL untuk sistem audio pada peranti baharu Note untuk pengalaman audio lebih imersif.

Komen