Dengan kehangatan kehadiran Coldplay di Malaysia untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour ramai terburu-buru membeli tiket dan sambil menanti tarikh konsert ada yang mencipta senarai main di Spotify, Apple Music sebagai persediaan.

Untuk memudahkan lagi pengguna Apple Music memperkenalkan Set List. Artis yang terpilih akan mempunyai Set List tersendiri yang Apple sediakan. Ia merupakan senarai main lagu yang artis nyanyi di konsert masing-masing.

Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh mencari tarikh konsert yang artis akan adakan dan terus membeli tiket melalui Apple Music. Dukacita dimaklumkan yang Coldplay tidak tersenarai di Apple Music. Berikut adalah apa yang Apple Music senaraikan setakat ini;
- Sam Smith’s Gloria Tour
- BLACKPINK’s Born Pink World Tour
- Peso Pluma’s Doble P Tour
- Kane Brown’s Drunk or Dreaming Tour
- blink-182’s World Tour
- Ed Sheeran’s Mathematics Tour
Set List yang tersembunyi;

Secara alternatif anda turut boleh pergi ke pautan apple.co/setlists. Apple turut mengemaskini aplikasi peta mereka Apple Maps untuk ciri mencari lokasi konsert dengan mudah. Cuma tiada konsert di Malaysia yang tersenarai lagi buat masa ini.