Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan iPhone atau iPad anda pasti perasan yang akan ada aplikasi Support sedia terpasang. Ia bukan aplikasi sistem dan anda boleh sahaja membuangnya. Tetapi nasihat saya jangan kerana inilah aplikasi yang akan membantu anda jika ada masalah berlaku pada peranti.

Dalam aplikasi Support anda boleh semak jaminan peranti, menguruskan langganan, mencari bantuan untuk membaiki peranti atau juga terus menghubungi wakil Apple untuk membantu anda secara terus.

Terkini aplikasi ini telah dikemaskini dengan antaramuka baharu. Melaluinya kini terdapat tiga tab iaitu Support, Locations dan Activity. Di Support ia adalah seperti sebelum ini anda boleh pilih iPhone, iPad, Apple Watch, AirPods dan produk lain-lain berdaftar di bawah nama anda untuk meminta bantuan.

Kemudian pada Locations ia memudahkan anda untuk mencari lokasi kedai rasmi atau yang diiktiraf untuk menghantar peranti untuk dibaiki atau tuntutan jaminan. Tab Activity pula adalah untuk memantau sejarah aktiviti anda dengan Apple termasuk menguruskan temujanji atau menjadualkan panggilan telefon.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd