Cari @ Amanz

Antara sebab mengapa ramai mempunyai minat untuk belajar bahasa Jepun adalah kerana siri anime. Lebih bagus menonton anime dalam bahasa asal kerana konteks yang mungkin hilang pada sari kata dan audio bahasa lain. Duolingo mengumumkan kursus bahasa Jepun mereka kini dikemaskini dengan bantuan Crunchyroll.

Sebanyak 50 frasa bahasa Jepun daripada Anime akan diambil sebagai bahan pengajaran di Duolingo. Kerjasama dua syarikat ini dilakukan selepas kajian mendapati 27% pengguna Duolingo ingin mempelajari bahasa Inggeris selepas menonton anime.

Serentak dengan pengumuman ini pelanggan Crunchyroll Premium boleh menggunakan Duolingo Premium selama dua boleh dan pelanggan Duolingo pula boleh mengakses Crunchyroll tanpa iklan untuk tempoh yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd