Cari @ Amanz

Sejak dua minggu ini banyak pula kandungan dari Malaysia ditawarkan di Prime Video. Di tepi jalan raya iklan Prime Video muncul buat pertama kali selepas sekian lama hanya didominasi oleh Netflix, Disney+ Hostar dan Viu. Ini semuanya bersebab kerana Prime Video mengumumkan akan meningkatkan pelaburan bagi menerbitkan kandungan asli di Malaysia.

Dengan peningkatan pelaburan dua siri That Cover Girl dan Budak Flat disahkan akan tiba ke Prime Video tahun ini. Kedua-dua produksi Malaysia ini akan turut ditawarkan ke beberapa pasaran lain dunia.

Walaupun sudah beroperasi di Malaysia sejak 2016, tidak banyak kandungan asli tempatan tidak banyak ditawarkan jika dibandingkan dengan Disney+ Hotstar dan Netflix. Semoga ini akan memberikan nafas baru kepada industri penerbitan Malaysia yang terjejas terus akibat pandemik sejak tiga tahun kebelakangan ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd