Gentari kini menawarkan perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) mereka ke Thailand menerusi kerjasama dengan firma Evolt. Tiga port pengecasan Gentari dibuka Exchange Tower yang terletak di daerah Khlong Toei, Bangkok. Dengan ini Gentari menawarkan perkhidmatan pengecasan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di India dan Thailand.

Menerusi MoU yang ditandatangani oleh Gentari dan Evolt awal tahun ini kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk membangunkan serta melakukan pelaburan dalam mengembangkan infrastruktur pengecasan EV di rantau Asia Tenggara.
Ini adalah sebahagian daripada sasaran Gentari untuk memegang 10% pasaran pengecas elektrik di rantau Asia Pasifik menjelang 2030. Setakat ini Gentari mempunyai 150 pengecas di Malaysia, 170 pengecas di India dan 3 di Thailand.