HTC U23 Pro akhirnya dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Ia menjadi sebuah lagi peranti 5G baharu yang menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1. Dalam masa sama turut menyokong teknologi realiti maya Vive terbina seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Seterusnya skrin OLED sebesar 6.7-inci digunakan yang juga menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan juga dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Di samping kapasiti bateri 4600mAh dengan pengecasan berwayar 30W dan nirwayar 15W.
Sistem kamera utama pula terdiri dengan 108MP (OIS) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 5MP (makro), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti juga mempunyai pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan penarafan kalis air IP67.

HTC U23 Pro hadir dalam pilihan warna Coffee Black dan Muxer White dengan harga TWD $16,990 (~RM2496) (8GB/256GB) seterusnya meningkat kepada TWD$ 17,990 (~RM2,643) (12GB/256GB).