Dua peranti baharu Realme telah ditemui menerusi pangkalan data SIRIM Malaysia. Tidak lain dan bukan sudah semestinya peranti di bawah siri Realme 11 baharu mereka iaitu Realme 11 Pro+ 5G (RMX3471) dan Realme 11 Pro 5G (RMX771). Kedua-duanya telah didaftarkan oleh DTL Malaysia SDN BHD pada 11 Mei yang lalu.

Kebiasaannya mana-mana peranti yang berdaftar di pangkalan data memberi gambaran pelancarannya di Malaysia semakin hampir. Memandangkan Realme baru sahaja mengesahkan kemunculannya di pasaran Global sekitar bulan Jun akan datang. Ini bermakna kita boleh menyasarkan pelancaran di Malaysia pula boleh berlangsung tidak lama selepasnya.

Penawaran perkakasan dalaman peranti juga masih menjadi soalan buat masa ini, yang mana masih tidak dapat dipastikan sama ada ia menyerupai variasi di China atau sebaliknya. Justeru dirasakan lebih baik kita nanti perkembangan lebih lanjut daripada pihak Realme Malaysia sendiri.