Cari @ Amanz

Maybank menerusi satu kenyataan terkini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 20 dan 21 Mei hadapan. Gangguan ini melibatkan perkhidmatan Maybank2u, perbankan mudah alih Maybank2u, perkhidmatan ATM dan terminal layan diri yang tidak akan beroperasi secara berperingkat diantara jam 3 hingga 7 pagi.

Turut dimaklumkan, gangguan ini juga disebabkan penyelenggaraan sistem oleh Maybank. Dalam masa sama mereka turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd