Bumi mempunyai satu bulan sahaja tetapi planet-planet lain dalam sistem suria biasanya mempunyai lebih daripada itu. Selama ini status planet dengan jumlah bukan terbanyak dipegang oleh Musytari dengan 95 bulan kesemuanya. Tetapi ahli astronomi kini mengesahkan status kini berpindah tangan ke Zuhal.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengumumkan Zuhal secara rasmi mempunyai 145 bulan semuanya selepas 62 bulan baharu ditemukan baru-baru ini. Proses mengenalpasti bulan baharu Zuhal memakan masa beberapa tahun kerana kesukaran untuk menjejak kesemuanya.
Saintis mempunyai hipotesis planet yang 10 kali ganda lebih besar berbanding bumi ini mempunyai bulan yang banyak kerana bulan yang lebih besar sebelum ini telahpun pecah. Sungguhpun baru sahaja dipintas, Musytari mungkin akan merampas semula status daripada Zuhal kerana proses mencari bukan baharu untuk planet ini sedang dilakukan.