Cari @ Amanz

Positif HIV/AIDS bukanlah bermaksud putus harapan, bukan juga pengakhiran bagi golongan itu. Walhal masih terdapat rawatan serta terapi ditawarkan bagi memperbaiki kualiti kehidupan pesakit ini. Misalnya seperti perkhidmatan klinik HIV Maya yang baru sahaja dilancarkan dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan platform atas talian tempatan DOC2US.

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu kumpulan PLHIV (People Living with HIV) atau pesakit HIV yang dilaporkan mendapat konsultasi perubatan mengenai hal-hal berkaitan HIV serta penyakit kelamin (STD). Ia disediakan secara percuma dan konsultasi adalah menerusi doktor berlesen serta lembaga yang diluluskan oleh pihak DOC2US. Di samping itu, ia juga memudahkan pesakit mendapatkan kit ujian kendiri dan menerima preskripsi digital untuk ubat-ubatan secara terus.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi DOC2US yang boleh dimuat-turun menerusi Google Play Store, App Store, Huawei App Gallery serta laman web rasmi untuk desktop. Masa beroperasi pula setiap hari Rabu, bermula jam 1 hingga 5 petang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd