Carian
Tablet iQOO Pad Dengan Cip MediaTek Dimensity 9000+ Diacah Secara Rasmi
May 18, 2023 Amy Maizuraa

IQOO meluaskan pengembangan portfolio produk dengan memasuki segmen tablet pula. Melaluinya IQOO Pad bakal diumumkan di China pada 23 Mei hadapan seiring dengan pengenalan IQOO Neo8. Rekaan yang diperlihatkan menyerupai sebuah Vivo Pad 2 sebelum ini, dalam masa sama turut mempunyai rangkaian 5G terbina menerusi cip MediaTek Dimensity 9000+.

Pilihan memori dan storan pula sehingga 12GB/512GB menurut penyenaraian JDMall. Ini sahaja maklumat didedahkan buat masa ini yang mana kita boleh menyasarkan lebih banyak kandungan promosi yang akan datang sementara menunggu tarikh pelancaran rasmi.

Komen