Bank Negara Malaysia kini memaklumkan para penguna untuk berhati-hati dan berwaspada dengan aplikasi yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia. BNM turut memaklumkan yang mana mereka tidak mempunyai sebarang aplikasi mudah-alih buat masa ini.
Melalui modus operandi yang dikenal-pasti, ia didapati mangsa diugut dengan menggunakan “Waran Tangkap” palsu melalui aplikasi WhatsApp, dan seterusnya diminta memuat-turun fail APK dengan logo BNM. Fail APK berkenaan boleh mencuri data, kata laluan, termasuk digunakan untuk pelbagai tujuan yang jahat.


Selari dengannya, BNM turut menasihatkan supaya tidak memuat-turun sebarang fail daripada pihak tidak dikenali.
Orang ramai juga sering dinasihatkan untuk hanya memasang aplikasi rasmi melalui Google Play Store sahaja, dan tidak memasang sebarang APK yang dimuat-turun.