Carian
OpenAI Mengumumkan Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk iPhone
May 19, 2023 Aman

ChatGPT sedia menjadi fenomena, dan aktif digunakan ramai dalam pelbagai tugasan. Ini sekaligus membawa kepada pelbagai aplikasi berbentuk klon yang disebarkan termasuk diterbitkan pada AppStore dan Google Play Store.

Kini, OpenAI mengatasi pelbagai perkara tersebut, dan akhirnya telah memperkenalkan aplikasi rasmi ChatGPT untuk pengguna iPhone.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan turut boleh menyelarikan sejarah penggunaan anda antara peranti. OpenAI turut menyatakan aplikasi ini menyertakan integrasi Whisper, sekaligus memudahkan anda melakukan input berasaskan suara.

Pengenalan aplikasi ini adalah secara berperingkat, dan bermula dengan pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. OpenAI menyasarkan ia diperluaskan ke negara-negara lain selepas ini.

Pihak OpenAI turut menyatakan aplikasi versi Android turut akan hadir dalam waktu terdekat.

Komen