Cari @ Amanz

Huawei mempelbagaikan portfolio produknya menerusi tablet MatePad Air yang baru sahaja diumumkan di China. Ia merupakan sebuah tablet dengan skrin sebesar 11.5-inci yang juga menyokong resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz.

Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 888 yang menjadi tunjang utama. Di samping gabungan memori 8/12GB dan storan dalaman 128/256/512GB. Ia juga menjalankan sistem operasi HarmonyOS 3.1, selain menyokong stylus Huawei M Pencil generasi kedua.

Turut melengkapi tablet ini ialah bateri 8300mAh dengan sistem pengecasan berwayar 44W. Konfigurasi kamera pula 13MP di belakang dan 8MP untuk kamera swafoto. Ia juga mempunyai empat pembesar suara terbina dengan sistem audio Histen 8.0.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd