Cari @ Amanz

Di pasaran sekarang sudah ada set kapal AR Pico yang membolehkan ia dipadankan dengan sebuah komputer riba Windows 11. Apabila digunakan serentak, skrin maya boleh digunakan untuk bersama dengan skrin sebenar pada komputer riba. Tetapi Spacetop ialah komputer riba pertama yang direka untuk digunakan sepenuhnya dengan cermin mata AR tapa sebarang skrin fizikal.

Spacetop dibangunkan oleh Sightful yang ditubuhkan pula oleh beberapa bekas kakitangan Magic Leap. Apabila tidak digunakan, Spacetop kelihatan seperti sebuah folio. Sebaik sahaja dibuka hanya papan kekunci fizikal dan sepasang cermin mata AR dapat dilihat. Apabila dipakai, cermin mata ini akan memaparkan skrin maya sebesar 100-inci yang terapung.

Tiadak maklumat mengenai spesifikasi Spacetop ataupun sistem operasi yang digunakan. Sightful telah membuka jualan untuk 1000 Spacetop pertama dengan setiap satunya dijual pada harga $2000 (~RM9100).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd