Cari @ Amanz

Huawei hadir dengan kemaskini baharu untuk komputer riba kerja yang ringan menerusi MateBook X Pro 2023. Ia dilancarkan dengan berat lebih kurang 1.26kg bersama tubuh daripada bahan aloi aluminium.

Ini dipadankan pula dengan skrin LTPS sebesar 14.2″ dengan resolusi 3120 × 2080 piksel dan kadar segar semula mencapai 90Hz. Ia juga bernisbah 3:2 yang juga mempunyai keterangan mencapai 500 nits dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna.

Ia juga dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-1360P dengan Intel Iris Xe, pilihan memori sehingga 32GB dan storan terbina mencapai 2TB NVMe PCIe SSD. Kapasiti bateri pula masih dikekalkan pada 60Wh seperti generasi sebelum ini, di samping terdapat juga kamera hadapan HD dan enam pembesar suara terbina.

Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 X Thunderbolt 4, 2 X USB-C, bicu audio 3.5mm dan 1 X mikrofon. Harga jualan komputer riba ini bermula ¥13999 (~RM9,043) dengan pilihan warna seperti merah jambu, putih, biru, kelabu dan perak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd