Cari @ Amanz

Peranti Google Pixel memasuki generasi kelapan pada tahun ini. Jika sebelum ini rekaan peranti Google Pixel 8 Pro didapati tertiris menerusi imej pengolokan yang dikongsi oleh OnLeaks dan Smartprix. Kini ia diperlihatkan secara langsung pula menerusi satu video tular sebelum ia diturunkan semula.

Ia menunjukkan Google Pixel 8 Pro dengan kemasan serba putih yang menyerupai sebuah Pixel 7a sebelum ini. Modul kamera belakang bersama bar perak boleh dilihat dengan sokongan sistem tri-kamera. Seperkara yang menarik perhatian apabila terdapatnya sensor tambahan bersebelahan dengan modul kamera tersebut.

Sensor ini dipercayai boleh digunakan untuk membaca suhu badan dan objek. Ia dikatakan berfungsi seakan termometer yang boleh diletakkan pada dahi tanpa bersentuhan kulit. Seluruh proses imbasan mengambil masa kira-kira lima saat dengan menekan butang yang muncul pada skrin Pixel 8 Pro sebelum hasil akhir dipamerkan.

Ciri ini dipercayai terhad pada varian pro sahaja, dalam masa sama generasi baharu ini juga mungkin dikuasakan oleh cip Tensor G3 bersama skrin utama yang melengkung. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berhubung perkara ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd