Meta Sedang Membangunkan Cip Tersendiri Untuk AI
Fahim Zahar
Meta baru-baru ini mengumumkan yang mereka sedang membangunkan cip khas tersendiri hanya untuk kecerdasan buatan. Cip ini iaitu MTIA yang membawa maksud Meta Training and Inference Accelerator adalah cip untuk memproses kuasa kecerdasan buatan yang mereka bangunkan.
Menurut Meta cip MTIA ini apabila dipadankan dengan GPU boleh memberikan prestasi terbaik, kurang masalah sela masa dan mempunyai tenaga kerja yang efisien. Cip ini hanya akan beroperasi pada tahun 2025 nanti.

Selain cip tersendiri Meta turut sedang membangunkan teknologi untuk video iaitu MSVP yang membawa maksud Meta Scalable Video Processor. Teknologi ini adalah untuk memproses video di platform mereka seperti Facebook untuk kurang sela masa serta masa pemprosesan untuk penstriman yang lebih pantas. MSVP ini turut boleh membantu kandungan AI, AR dan VR dimuatkan ke dalam aplikasi-aplikasi Meta di masa akan datang.
Meta turut mengumumkan yang mereka sedang membangunkan pusat data generasi baharu yang akan dioptimasikan dengan kecerdasan buatan. Pusat data ini juga dikatakan lebih pantas dan jimat kos untuk dibina. Mereka turut mendakwa adi-komputer mereka iaitu RSC Research SuperCluster adalah antara adi-komputer kecerdasan buatan yang berkuasa di dunia.
[sumber] Meta [/sumber]