Jam tangan di bawah siri G-Shock DW-H5600 dilancarkan di Malaysia minggu ini dengan ia hadir dengan ciri mengimbas nadi dan aktiviti yang biasanya wujud pada jam tangan pintar. Bezanya ialah jam tangan di bawah siri G-Squad ini masih mengekalkan rekaan jam tangan G-Shock pertama DW-5000C yang klasik.

Lima model ditawarkan di Malaysia iaitu DW-H5600-1DR, DW-H5600 – 2D, DW-5600MB-1DR, DW-H5600MB – 2DR, dan H5600EX-1DR. Pengimbas nadi boleh mengesan aktiviti jantung, dan kandungan oksigen dalam darah sementara terdapat mengesan tiga aktiviti sukan iaitu berlari, berjalan, senaman di gimnasium dan latihan balapan. Aktiviti kemudiannya boleh dianalisa terus dari jam ataupun pada aplikasi telefon pintar. Selain itu ciri penjejakan tidur juga turut disertakan.

Jam masih mempunyai kemampuan menyerap hentakan dan juga dibawa menyelam sehingga kedalaman 200 meter. Tambatan kepada telefon pintar dilakukan secara bluetooth. Dalam mod penjejakan nadi berterusan, jam tangan siri ini boleh beroperasi selama 35 jam tetapi meningkat ke sebulan tanpa mod pintar diaktifkan. Selain dicas menggunakan kabel, ia turut menyokong pengecasan kuasa solar.
Harga jualan kelima-lima model adalah seperti di bawah.
- Casio DW-H5600-1DRĀ – RM1345
- Casio DW-H5600 – 2DR -RM1345
- Casio DW-5600MB-1DR– RM1395
- Casio DW-H5600MB – 2DR– RM1395
- Casio H5600EX-1DR– RM1995