Cermin Mata Hitam Ray-Ban Kini Menggunakan Kanta Cekung Untuk Lebih Bergaya
Effi Saharudin
Sejak dari permulaan lagi, kanta pada cermin mata hitam berbentuk cembung mengikut bentuk mata manusia. Ini akan meningkatkan cahaya memasuki mata pemakai. Tetapi Ray-Ban melakukan perubahan pada rekaan siri cermin mata Reverse mereka kerana menggunakan kanta cekung.

Cermin mata klasik Ray-Ban diubah bagi membolehkan kanta cekung digunakan. Rekaan moden ini digunakan bagi menawarkan sesuatu yang baru di pasaran. Menurut Ray-Ban lagi, dengan rekaan cekung ini, cermin mata yang lebih sesuai dipakai pada pelbagai jenis wajah boleh dihasilkan.

Siri Ray-Ban Reverse ditawarkan dalam tiga bingkai iaitu Wayfarer Reverse, Caravan Reverse, dan Boyfriend Reverse pada harga bermula $185 (~RM840) sepasang.
[sumber] Ray-Ban [/sumber]