Carian
Topi Keledar Virgo Direka Khusus Untuk Penunggang Basikal Dan Skuter Elektrik
May 21, 2023 Effi Saharudin

Di Kuala Lumpur penggunaan basikal dan skuter elektrik sudah menjadi kebiasaan. Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai keselamatan kerana ia boleh bergerak dengan pantas tetapi penunggang tidak memakai sebarang topi keledar. Virgo ialah topi keledar yang direka khusus bukan sahaja untuk skuter elektrik tetapi basikal elektrik berprestasi tinggi.

Ia mempunyai gelung pada bahagian dagu untuk memberikan perlindungan kepada rahang pemakai. Terdapat lubang di bahagian telinga supaya penunggang masih boleh mendengar bunyi sekeliling dengan selamat.

Terdapat visor yang boleh dipasang untuk memberikan perlindungan kepada mata dan juga lampu brek di bahagian belakang yang disambung menggunakan magnet. Menurut pereka, Virgo sesuai dipakai penunggang kenderaan elektrik yang boleh bergerak sehingga 45 km/j. Pada waktu ini Virgo sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama dengan tempahan boleh dilakukan pada harga $99 (~RM450) sepasang.

Komen