Kerjasama antara Zeiss dan Nokia serta Huawei dan Leica sudah menjadi legenda dalam dunia telefon selular. Dalam kedua-dua kes, nama kesemua syarikat yang terlibat semakin dikenali ramai serta menjadi sinonim dengan kemampuan fotografi yang baik. Muncul ura-ura menerusi Digital Chat Station bahawa Canon kini menjalinkan kerjasama dengan pengeluar telefon pintar.

Kerjasama ini sama seperti yang dilakukan oleh Leica, Hasselblad dan Zeiss dengan Xiaomi, Oppo dan Sony/Vivo sekarang. Tidak diketahui jenama mana yang akan bekerjasama dengan Canon. Huawei kini gembira dengan Xmage. Samsung, Google dan Apple juga selesa dengan sistem kamera sendiri tanpa penglibatan pihak ketika.
Canon mempunyai reputasi yang cukup disegani dalam bidang fotografi dan videografi pada waktu ini. Jika sistem kamera Canon boleh digunapakai pada sebuah telefon pintar, ia pasti akan menarik perhatian peminat fotografi.
- Sumber
- GSMArena