Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan liputan rangkaian 5G di Malaysia kini telah mencapai angka 59.5% kawasan berpenduduk, setakat penghujung April 2023. 

Disamping angka secara menyeluruh, ia turut dikongsikan yang mana peratusan capaian 5G di negeri Sarawak telah mencapai 34% kawasan berpenduduk. Namun, ia turut ditekankan yang mana capaian ini masih belum memadai, dan perlu ditambah-baik lagi.

Sebelum ini, kerajaan telah menetapkan sasaran supaya liputan rangkaian 5G di Malaysia mencapai angka 80% kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd