Hermes, salah satu jenama penawaran barangan mewah, kini turut membawa masuk dan menawarkan sebuah kerangka khusus untuk AirPods Pro 2. Kerangka ini menggunakan bahan berasaskan kulit lembu, dan menawarkan rekaan yang agak ringkas dan premium.


Hermes Case for AirPods Pro 2 ini hadir dalam pilihan warna perang, dan turut mempunyai ruangan khusus untuk pengecasan, disamping tali untuk ia digantung sebagai beg tangan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kerangka AirPods Pro 2 berjenama Hermes ini pada harga RM3180 di Malaysia.