Carian
Instagram Menghadapi Masalah Teknikal – Sukar Untuk Diakses
May 22, 2023 Aman

(Kemaskini 755pagi) : Aplikasi Instagram dilihat telah kembali beroperasi seperti biasa kembali.

Instagram kini dilihat menghadapi masalah teknikal, sekaligus membuatkan orang ramai tidak boleh melihat kemaskini terbaru pada aplikasi tersebut. Selain pada aplikasi, web Instagram sekadar memaparkan sebuah halaman kosong sahaja buat masa ini.

Buat masa ini, sebab disebaliknya tidak diketahui lagi. Kata tagar #instagramdown sedia menjadi antara yang popular pada pagi ini melalui laman sosial Twitter.

Perkhidmatan dibawah Meta lain seperti Facebook dan Meta dilihat tidak terjejas, dan berfungsi dengan baik buat masa ini.

Komen