Cari @ Amanz

Kesatuan Eropah kini mengenakan denda sebanyak €1.2 bilion (~RM5.9 bilion) terhadap Meta, kerana mendapati penyedia perkhidmatan sosial berkenaan yang memindahkan data pengguna Eropah ke pelayan yang berpusat di Amerika Syarikat.

Dengan denda ini, ia sekaligus membawa kepada kaedah bagaimana data pengguna sesuatu rantau dikendalikan oleh para penyedia perkhidmatan berasaskan web. Perundahan Kesatuan Eropah sendiri menekankan kepada privasi, dan apabila ia diuruskan pada pelayan negara lain – ia seperti terdedah, dan kurang menjaga privasi, selain membolehkan pihak lain mengaksesnya.

Seringkali kita mendengar kes melibatkan pengurusan data melibatkan pelayan berpusat di China, tetapi ini boleh dikatakan antara kes awal melibatkan pemindahan data pengguna Eropah ke Amerika yang didenda oleh pihak Kesatuan Eropah.

Pihak berkuasa juga telah mengarakan pihak Meta untuk menghentikan pemindahan data pengguna Eropah ke Amerika untuk tempoh lima bulan akan datang. Disamping itu, beberapa langkah perlu diambil Meta dalam menguruskan data pengguna Eropah di pelayan Amerika dalam tempoh enam bulan akan datang.

Meta dijangka akan membuat rayuan terhadap keputusan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd