Carian
WhatsApp Kini Benarkan Penyuntingan Mesej Sehingga 15 Minit Selepas Dihantar
May 22, 2023 Aman

WhatsApp sedia membenarkan para pengguna saluran beta melakukan penyuntingan mesej selepas dihantar. Kini, ciri berkenaan diperkenalkan kepada semua, dan Mark Zuckerberg berkongsi menyatakan pengguna boleh melakukan suntingan mesej sehingga 15 minit selepas dihantar.

Untuk melakukan suntingan mesej WhatsApp yang telah dihantar, pengguna hanya perlu tap seketika pada sesuatu mesej, dan seterusnya memilih “Edit”. WhatsApp akan melabelkan mesej yang telah disunting tersebut, sebagai “Edited”.

Dengan ini, para pengguna boleh melalukan penyuntingan pada sesuatu mesej yang telah tersilap hantar – tanpa perlu memadam mesej berkenaan seperti sebelum ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan WhatsApp, boleh menguji ciri ini pada aplikasi anda hari ini.

Komen