Cari @ Amanz

Mempunyai kepakaran dan kreativiti luar biasa dalam fotografi semestinya mampu membantu anda mendapatkan hasil gambar yang cukup cantik. Namun, selain daripada dua aspek ini, pemilihan telefon pintar turut memainkan peranan penting. Sekiranya peranti anda tidak dilengkapi dengan sistem kamera terkini dan canggih, mana mungkin hasil gambar cantik bukan?

Baru baru ini, HUAWEI hadir dengan penawaran terbaharu mereka iaitu HUAWEI P60 Pro. Penawaran terbaharu ini dikatakan mampu memberikan anda pengalaman fotografi dengan hasil cukup memuaskan, terutamanya ketika menangkap gambar dalam persekitaran cahaya yang malap. 

Ciri Kamera Serba Lengkap Menjadikan Pengalaman Fotografi Lebih Memuaskan

Pasti anda tertanya-tanya, apakah keistimewaan HUAWEI P60 Pro sehingga mampu membuatkan gambar dan rakaman video anda kelihatan lebih berkualiti? Semua ini dicapai dengan adanya sistem tri-kamera 48MP sudut lebar + 13MP ultra sudut lebar + 48MP telefoto, yang turut didatangkan dengan sensor Ultra Lightning untuk kamera utamanya.

Penggunaan sensor ini akan menghasilkan gambar dan rakaman video yang lebih tajam, serta mengurangkan kesan hingar pada gambar walaupun diambil dalam pencahayaan malap. 

Selain itu,  kamera Huawei P60 Pro ini turut dilengkapi dengan lensa 48 MP Ultra Lighting Telephoto. Lensa ini menggunakan apertur F2.1 yang membolehkannya menyerap 178% lebih cahaya, seterusnya menjadikan gambar kelihatan lebih tajam dan terperinci walaupun dirakam dalam pencahayaan yang malap mahupun jauh.

Turut memberi nilai tambah pada pengalaman penggunaan kamera HUAWEI P60 Pro ini adalah penambahbaikan pada antaramuka kamera, melalui kewujudan Quick Menu yang membolehkan pengguna membuat kawalan mudah pada kamera telefon. 

Rekaan Dengan Sentuhan Mewah dan Elegan

Berbicara mengenai rekaan, rekaan pada HUAWEI P60 Pro ini dilihat agak mewah dan elegan, dimana ia menawarkan warna putih Rococo Pearl, dan kerangka badan peranti pula dihiasi dengan corak seakan akan marmar yang bersinar. Padanan rekaan ini menjadikan HUAWEI P60 Pro kelihatan cukup unik dan menyerlah – pilihan yang cukup baik untuk anda yang sukakan nilai estetika. Sekiranya anda tidak meminati warna putih, anda turut boleh memilih warna minimalis Black. 

Ketahanan Skrin dan Bateri Yang Cukup Memuaskan

Sekiranya anda seorang yang cuai dan seringkali terjatuhkan peranti tanpa sengaja, mungkin penggunaan kaca Kunlun pada HUAWEI P60 Pro ini mampu menyelamatkan anda dari berbelanja lebih dalam membaikpulih skrin. Ini kerana, menurut HUAWEI, kaca Kunlun pada HUAWEI P60 Pro ini dikatakan mampu memberikan 10 kali daya tahan pada skrin peranti, menjadikannya tidak mudah retak dan pecah. Lebih menarik lagi, skrin peranti ini turut didatangkan dengan Quad-Curved Display, memberikan anda lebih cengkaman pada peranti dan pengalaman sentuhan dan tontonan yang memuaskan.

Tidak dilupakan, HUAWEI P60 Pro ini turut memuatkan bateri sebesar 4815 mAH, dan menyokong pengecasan pantas 88W HUAWEI SuperCharge. Menurut HUAWEI, melalui sistem pengecasan mereka, anda mampu mengecas peranti dari 0-50% dalam masa 10 minit sahaja. Dalam bahasa mudahnya, melalui HUAWEI P60 Pro anda tidak lagi perlu tunggu berjam jam hanya untuk mengecas dan menggunakan semula peranti anda. Bukan itu sahaja, dengan kapasiti bateri sebesar ini, ia mencukupi untuk anda menggunakan penggunaan peranti ini dengan lebih lama.


Secara kesimpulan, sekiranya anda mencari sebuah telefon yang mampu memenuhi hajat anda dalam mendapatkan hasil gambar dan rakaman yang berkualliti, HUAWEI P60 Pro adalah pilihan yang boleh anda pertimbangkan. Bukan sahaja hadir dengan sistem kamera yang cukup lengkap, rekaannya juga dilihat mewah dan elegan, beserta dengan ketahanan skrin dan bateri yang cukup memuaskan. 

Huawei P60 Pro kini dijual untuk pasaran Malaysia dengan harga RM4,699 untuk model 8GB + 256GB dan RM5,499 untuk model 12GB + 512GB. Bagi setiap pembelian, anda berpeluang mendapatkan 3 bulan jaminan perlindungan skrin peranti bernilai RM129, tiga bulan storan HUAWEI Mobile Cloud sebanyak 200GB bernilai RM35.70, bersama ansuran tanpa faedah sehingga 12 bulan.

Anda boleh memiliki peranti ini menerusi HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia dan juga laman web rasmi HUAWEI. Jadi, beli sekarang dan rasai sendiri pengalaman fotografi dengan hasil cukup memuaskan, hanya dari HUAWEI P60 Pro.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd