Cari @ Amanz

Pac Man ialah permainan video ikonik yang telah dimasukkan ke dalam dewan kemasyhuran permainan video kerana telah menghiburkan ratusan juta pemain sejak dilancarkan pada tahun 1980. Bagi peminat Lego dan Pac-Man seluruh dunia, set arked Lego permainan ini baru sahaja dilancarkan pada ini.

Set Lego 10323 arked Pac-Man kini mempunyai 2651 keping Lego dan satu minifigure. Apabila dipasang ia mempunyai mekanisme yang menggerakkan Pac Man dan hantu pada “skrin” arked. Ia turut mempunyai sistem lampu terbina serta elemen lain binaan yang boleh berputar.

Walaupun tidak berfungsi sebagai arked sebenar, set ini masih mempunyai tombol kawalan empat arah, slot untuk token dan papan markah yang berputar. Set arked Lego Pac-Man dijual pada harga sekitar RM1402 sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd