Carian
Aplikasi AmBank, Family Mart, Maxis, Pay4U, Dan ZUS Coffee Kini Dioptimasi Pada Peranti Boleh-Lipat Samsung
May 23, 2023 Effi Saharudin

Peranti skrin boleh-lipat membawakan beberapa ciri unik yang tidak ditawarkan pada telefon pintar konvensional. Flex Mod dan skrin lebih besar pada peranti Samsung misalnya menawarkan pelbagai cara baharu untuk berinteraksi dengan aplikasi. Samsung Malaysia mengumumkan lima aplikasi tempatan kini dioptimasikan untuk peranti mereka seperti Z Fold4 dan Z Flip4.

Aplikasi tersebut adalah AmBank, Family Mart, Maxis, Pay4U, dan ZUS Coffee. Pengoptimasian dilakukan seperti perubahan dari skrin luar ke dalam (dan berbalik) dilancarkan dengan lebih lancar tanpa sebarang sela masa. Apabila digunakan pada Z Fold4 pula misalnya, aplikasi akan menggunakan skrin dalaman dengan lebih optimum. Sementara itu pada Z Flip4, Flex Mod disokong dalam aplikasi ZUS Coffee.

Ini sekadar barisan pertama aplikasi tempatan dengan Gigi Coffee, Golden Screen Cinemas, TGV Cinemas, dan Zapp juga bakal menyusul dengan ia dioptimasikan untuk peranti skrin boleh-lipat Samsung dalam bulan-bulan mendatang.

Untuk menyemarakkan penggunaan skrin boleh-lipat, Samsung juga akan mengadakan hackathon untuk membangunkan aplikasi khusus untuk peranti boleh-lipat dengan maklumat lebih lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

Komen