Cari @ Amanz

Redmi merupakan antara pengeluar yang sedia mempunyai barisan komputer riba tersendiri. Pada tahun ini Redmi Book 14 (2023) telah diperkenalkan sebagai sebuah lagi komputer riba yang nipis dan ringan bertujuan memudahkan kegunaan kerja harian pengguna.

Seperti namanya, Redmi Book 14 (2023) menggunakan skrin sebesar 14-inci yang juga menyokong resolusi 2.8K dan nisbah aspek 16:10. Ini dipadankan pula dengan sokongan untuk gamut warna 100% sRGB dan Dolby Vision. Tunjang utama pula terdiri dengan CPU sehingga Intel Core i7-12700H, GPU Intel Iris Xe, memori 16GB LPDDR5 5200MHz RAM (Dual channel), storan terbina 512GB PCIe 4.0 SSD dan bateri 56Wh.

Selain itu komputer riba juga memuatkan bicu audio 3.5mm, dua set pembesar suara yang ditala Dolby ATmos dan empat set mikrofon terbina. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 x 2 MIMO, 2x USB-A 3.2 Gen1, 1 x HDMI 2.1, 1 x USB 2.0 dan NFC.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd