Perak Kini Wajibkan Semua Taska Memasang Kamera CCTV
May 23, 2023
Lain-lain
Aman
Kerajaan negeri Perak kini mewajibkan pemasangan kamera CCTV di semua taska di negeri tersebut, sekaligus mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti penderaan berlaku. Pelaksanaan ini diwajibkan untuk semua taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kecuali yang beroperasi di rumah.
Di Perak sahaja, terdapat sekitar 225 taska berdaftar buat masa ini. Dalam usaha mengelak sebarang kes-kes penderaan dan pengabaian, pemasangan CCTV ini diwajibkan kerajaan negeri tersebut.
Sebarang pelanggaran terhadap arahan ini juga boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan, termasuk menutup sementara, kompaun, pendakwaan, pembatalan perakuan dan lain-lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.