Tiga peranti Infinix Note 30, Note 30 5G dan Note 50 Pro 5G dilancarkan secara rasmi hari ini. Ketiga-tiganya adalah peranti kelas pertengahan dengan penawaran pada harga yang lebih mampu milik. Kita mulakan dengan Inifinix Note 30 5G kerana ia model yang paling berkuasa di antara ketiga-toga siri Note 30 ini.

Ia dilengkapi skrin 6.78″ IPS LCD, FHD+ dan 120Hz. Dijana cip Dimensity 6080, memori 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 5000 yang menyokong pengecasan 45W.
Peranti mempunyai kamera utama 108MB sudut lebar, 2MP kedalaman dan satu lagi lensa AI. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Dari segi audio pula Note 30 5G mempunyai speaker stereo JBL dan juga bicu audio 3.5mm. Sistem operasi pula adalah Android 13.

Sementara itu Infinix Note 30 pula dilengkapi skrin 6.78″ IPS LCD, FHD+ dan 120Hz. Dijana cip Helio G99, memori 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 5000 yang menyokong pengecasan 45W.
Peranti mempunyai kamera utama 64MB sudut lebar, 2MP kedalaman dan satu lagi lensa AI. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Dari segi audio pula Note 30 5G mempunyai speaker stereo JBL dan juga bicu audio 3.5mm. Sistem operasi pula adalah Android 13.

Akhir sekali Infinix Note 30 Pro pula dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED, FHD+ dan 120Hz. Dijana cip Helio G99, memori 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 5000 yang menyokong pengecasan 68W secara berwayar dan 15W secara nirwayar.
Peranti mempunyai kamera utama 108MB sudut lebar, 2MP kedalaman dan satu lagi lensa AI. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP. Dari segi audio pula Note 30 5G mempunyai speaker stereo JBL dan juga bicu audio 3.5mm. Sistem operasi pula adalah Android 13.
Harga jualan untuk kesemua peranti masih belum diumumkan pada saat ini.