Enjin Jet Terbesar Dunia Rolls Royce Meningkatkan Kecekapan Sehingga 10%
Effi Saharudin
Rolls Royce mengumumkan kejayaan melakukan ujian pertama enjin jet terbesar dunia UltraFan. Enjin dengan diameter 3.56 meter ini memintas rekod yang dipegang oleh GE9X dengan diamseter 3.35 meter. Walaupun bersaiz gergasi, UltraFan disahkan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api sehingga 10% berbanding Roll Royce Trent XWB yang memegang rekod terdahulu.

Dengan ujian awal telah selesai, lebih banyak ujian akan dilakukan sebelum UltrFan mula digunakan pada pesawat komersial sekitar 2030. Kecekapan enjin dicapai menerusi penggunaan bahan komposit karbon titanium yang lebih ringan serta aliran pengudaraan yang lebih.
Enjin pertama UltraFan ini akan menjadi platform kepada beberapa varian yang boleh digunakan pada pesawat tubuh lebar dan kecil di masa hadapan. Dengan meningkatkan kecekapan, ia akan mengurangkan kos operasi pesawat dan lebih penting lagi mengurangkan tapak karbon kapal terbang yang besar.
[sumber] Rolls Royce [/sumber]