Maybank hari ini memaklumkan semua pengguna, yang mana bermula 1 Julai 2023, hanya aplikasi MAE sahaja yang boleh menggunakan ciri Secure2U untuk mengesahkan transaksi perbankan. Maybank menyatakan hanya aplikasi MAE sahaja boleh digunakan untuk pengesahan transaksi yang dibuat melalui Maybank2U, aplikasi M2U MY dan juga MAE.
Dengan langkah ini, sokongan pengesahan Secure2U pada aplikasi M2U MY akan ditamatkan oleh Maybank, dan seterusnya memfokuskan penuh pada aplikasi MAE sahaja.

Maybank menyatakan langkah ini adalah dalam terus meningkatkan sekuriti perbankan, serta melindungi akaun dan wang pengguna. Ia turut ditekankan yang mana pengguna mengaktifkan Secure2U melalui MAE secepat mungkin, kerana pengaktifan buat pertama kali akan mempunyai tempoh pengaktifan selama 12 jam.
Sebelum ini, ketika pengenalan aplikasi MAE sendiri, ia telah dinyatakan yang mana aplikasi M2U MY akan ditamatkan pada suatu masa nanti, dan MAE akan gantikan ia sepenuhnya.