Nampaknya, tahun 2023 ini menjadi tahun kebangkitan enjin carian Bing. Selepas berjaya menarik lebih 100 juta pengguna purata harian selepas mengintegrasikan sokongan OpenAI pada enjin carian Bing, kini Microsoft turut mengumumkan Bing akan menjadi enjin carian utama pada ChatGPT.
Dengan langkah ini, semua pengguna ChatGPT akan dapat melihat respon yang menggunakan hasil dari enjin carian Bing dipaparkan padanya. Ini sekaligus akan membolehkan ChatGPT memberikan respon dan jawapan melalui integrasi data terbaru dari web.
Untuk permulaan, pengguna ChatGPT Plus akan dapat melihat integrasi ini bermula hari ini, dan pengguna versi percuma dijangka dapat mengaksesnya tidak lama lagi.