Carian
Ciri Generative Fill Pada Photoshop Menjana Elemen Dalam Gambar Menggunakan AI
May 24, 2023 Effi Saharudin

Ciri kecerdasan buatan Adobe Firefly kini semakin berkembang di Adobe Photoshop. Adobe mengumumkan ciri baharu Generative Fill yang membolehkan elemen dalam gambar diubah menggunakan input teks oleh pengguna Photoshop. Segmen tertentu gambar boleh diubah dengan elemen ditambah berdasarkan prom yang dimasukkan.

Dalam demo di atas, antara perkara yang boleh dilakukan pengguna ialah menambah garisan pada jalan, mengembangkan lagi bahagian sisi gambar, menukar latar belakang sepenuhnya untuk subjek dan menambah prop yang tidak wujud. Setiap elemen yang dijana secara generatif ini akan diasingkan dalam lapisannya yang tersendiri bagi memudahkan suntingan lebih rapi dilalukan.

Kesemua ini dilakukan menerusi kecerdasan buatan (AI) Adobe Firefly. Ia nampaknya adalah peningkatan daripada ciri Content Aware Fill yang diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Ciri Generative Fill hanya boleh digunakan oleh pengguna Adobe Firefly dan Photoshop Beta sahaja terlebih dahulu. Pengguna boleh memuat turun Photoshop Beta hari ini menerusi hub Creative Cloud akaun mereka.

Komen