Carian
Apple Bekerjasama Dengan Broadcom Menghasilkan Komponen 5G Di A.S
May 24, 2023 Effi Saharudin

Apple mengumumkan persetujuan menandatangani kontrak bernilai berbilion Dolar dengan Broadcom untuk mengilangkan komponen 5G di Amerika Styarikat. Menerusi kerjasama ini antara yang bakal dikilangkan ialah komponen frekuensi radio 5G dan penapis FBAR. Pengilangan akan dilakukan di beberapa fasiliti milik Broadcaom di Amerika Syarikat.

Pelaburan ini adalah sebahagian daripada komitmen yang dibuat oleh Apple pada 2021 untuk melabur $430 bilion dalam ekonomi A.S. dalam tempoh lima tahun. Ia menyahut cabaran kerajaan Amerika Syarikat yang ingin meningkatkan semula kemampuan menghasilkan teknologi terkini domestik selepas berdekad lamanya memindahkan fasiliti ke luar negara seperti China.

Komen