Cari @ Amanz

SonyPlayStation VR2 mula dijual pada bukan Februari yang lalu. Dalam beberapa laporan awal, jualannya dikatakan lebih rendah daripada jangkaan awal tetapi tiada angka rasmi diumumkan oleh Sony. Tetapi menerusi pembentangan untuk segmen Permainan Video dan Perkhidmatan Sony, mereka akhirnya berkongsi jualan PSVR2 sehingga April hampir mencecah 600,000 unit.

Angka jualan PSVR2 setakat ini adalah sekitar 8% lebih tinggi berbanding PSVR dalam tempoh 6 minggu pertama selepas dijual. Ia masih di bawah sasaran asal 2 juta unit dalam tempoh empat minggu pertama yang diinginkan oleh Sony. Sungguhpun begitu Sony sebelum ini menyuarakan harapan jualan PSVR2 akan dapat memintas 5 juta unit yang dicatatkan oleh PSVR.

Masih terdapat harapan Sony akan melakukan potongan harga dalam masa terdekat. Antara faktor mengapa jualan adalah rendah adalah harga PSVR2 yang terlalu mahal (RM 2799) berbanding konsol PS5 versi pemacu Bluray (RM2499) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd