Anda sukakan telefon pintar dengan prestasi bateri yang menakjubkan? Huawei Nova Y91 mungkin yang anda nantikan kerana peranti yang baru sahaja dilancarkan hari ini dilengkapi dengan bateri sebesar 7000 mAh serta pengecasan pada kuasa 22.5W.

Ini dipadakan dengan skrin 6.95″ IPS LCD 90Hz, dijana cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Kamera utama menggabungkan lensa 50MP sudut lebar dan 2MP kedalaman. Di hadapan pula kamera 8MP digunakan dengan ia diletakan dalam takuk yang agak besar.
Sistem audio stereo disertakan bersama dengan sistem operasi EMUI 13. Tiada bicu audio ataupun sebarang kemampuan kalis air diberikan. Seperti kesemua peranti Huawei, rangkaian 4G sahaja boleh digunakan. Peranti ditawarkan dalam warna hitam dan putih. Pada waktu ini harga jualan belum diumumkan.