Cari @ Amanz

IQOO Neo8 dan Neo8 Pro telah dilancarkan secara rasmi di China. Ia diposisikan sebagai siri peranti mercu baharu IQOO yang turut menyertakan variasi pro pada kali ini. Kedua-duanya juga hadir dengan rekaan dan perkakasan dalaman yang sama.

Di mana skrin sebesar 6.78-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz disertakan. Skrin juga mempunyai kemampuan paparan sehingga 1.07 bilion warna dan HDR. Ini dipadankan pula dengan kamera swafoto 16MP, di samping kapasiti bateri sebesar 5000mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W.

Perbezaan pula boleh dilihat pada sokongan cip pemprosesan yang mana Snapdragon 8+ Gen 1 digunakan pada Neo8. Sementara itu, variasi pro pula dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9200+. Begitu juga dengan sistem kamera utama yang menggunakan sensor 50MP IMX800 (OIS) + 8MP (ultra lebar) pada Neo8 Pro. Selanjutnya, Neo8 pula mempunyai kamera 50MP Samsung GN5 (OIS) + 2MP (kedalaman).

Neo8 dijual di China pada RMB2299 (~RM1492) (12GB/256GB) dan RMB2899 (~RM1882) (16GB/512GB). Seterusnya Neo8 Pro pula berharga RMB3099 (~RM2012) (16GB/256GB) dan RM3399 (~RM2207) (16GB/512GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya di Malaysia buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd