Cari @ Amanz

Google kini terus menambah-baik penawaran Google Bard, dan melalui kemaskini terbaru, Google Bard mengintegrasikan imej dari Google Search dalam memberikan respon kepada pengguna. Google menyatakan respon dengan integrasi visual memberikan komunikasi yang lebih efektif berbanding sebelum ini.

Bagi yang tidak mengenali akan Google Bard, ia menawarkan perkhidmatan seumpama ChatGPT – membolehkan pengguna berkomunikasi dan berinteraksi dengannya, sekaligus mendapatkan pelbagai jawapan dan respon untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

Google Bard sedia ditawarkan untuk diakses semua secara percuma, dan turut menyertakan kebolehan untuk memberikan input dalam bentuk suara. Kemaskini dengan integrasi visual ini telah pun tersedia dan digunakan semua pengguna seluruh dunia bermula hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd